Kajian: Punggung Besar Kurangkan Risiko Strok, Sakit Jantung

Kajian terbaru mendedahkan, mereka yang memiliki punggung besar adalah lebih sihat dan mengurangkan risiko strok, diabetes dan serangan jantung.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Call Research memberitahu, kekurangan lemak di bahagian punggung meningkatkan risiko kematian dan mudah menghidaup penyakit kardiovaskular.

Namun, penemuan ini tidak boleh diguna pakai bagi mereka yang memiliki berat badan berlebian.

Mengulas mengenai kajian ini, pakar diabetes Dr Norbert Stefan, mengatakan bahawa mereka yang memiliki bentuk badan buah pir adalah lebih sihat berbanding berbentuk epal kerana pinggul dan paha menyimpan lemak yang sihat untuk tubuh.

Ini kerana berat tambahan pada paha dan pinggul adalah berbeza daripada lemak yang disimpan di bahagian lain.

Lemak abdomen lebih cenderung untuk melepaskan asid lemak ke dalam darah, yang boleh menyebabkan kencing manis, ketahanan insulin dan kolesterol tinggi.

Selain itu, lelaki sukakan wanita yang memiliki punggung besar kerana lebih subur dan mudah melahirkan anak.

Sumber: BBC

No comments