‘Aleesya Tak Perlukan Seorang Ibu Lagi Tetapi..’- Ucapan Engku Emran Buat Anaknya

Semua sedia maklum bahawa Engku Emran sudah sah bergelar suami kepada Laudya Cynthia Bella jumaat yang lalu. Selain itu anak perempuan Engku Emran, Aleesya juga menerima kehadiran lagi seorang suri hati dalam hidupnya. Menurut Engku Emran bukan mudah untuk menjelaskan kepada Aleesya mengapa dia perlukan seseorang untuk menjaganya.

‘Aleesya tak perlukan seorang ibu lagi tapi..’


Aleesya tidak perlukan seorang lagi ibu. Tetapi saya selalu mendoakan supaya akan ada seorang wanita yang baik hadir dalam sebahagian hidupnya.


Saat yang paling sukar untuk saya sebagai seorang ayah. Harus menjelaskan kepada Aleesya kenapa saya perlukan seseorang untuk menjaga, ambil berat tentang saya.

‘Tuhan bagi harta yang tak ternilai harganya..’


Sementara itu menerusi Instagram Bella, dia juga menyatakan rasa gembiranya bukan sahaja dapat mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran, malah dia juga dapat 'harta' yang tidak ternilai harganya iaitu Aleesya.

Saya sayang dia (Engku Emran) dengan sepenuh hati saya. Dan balasannya, Allah memberikan saya harta yang tak ternilai harganya iaitu Aleesya.

Sumber: Instagram @iamkumbre, @laudyacynthiabella

No comments