'Ya Allah...Anak Aku!'

Jengka - "Ya ALLAH anak Aku!," itu sahaja ayat yang terpacul dari bibir seorang bapa sebaik menyedari sesuatu yang dilanggarnya sewaktu mamarkir kereta di rumah adalah anaknya sendiri.

"Allahuakbar. Saya reda kak. ALLAH dah tetapkan ujian saya begini. Saya masih trauma dan terkejut tapi saya reda," ulang Shamsul Sahizam Husein, 28, berkali-kali kepada Sinar Harian dalam esak tangis yang masih bersisa.

Beliau berusaha mengumpulkan kekuatan untuk menceritakan tragedi terlanggar anak sendiri sewaktu memarkir kenderaan di rumah ibunya di Felda Jengka 11, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mazlan Hassan ketika dihubungi mengesahkan berlakunya kejadian tersebut bagaimanapun, beliau memberitahu fakta lanjut berkenaan kronologi kejadian, masih di dalam siasatan pihak polis.

No comments