(Video) Lelaki Kantoi Mencuri Dibakar Hidup-Hidup Di Indonesia

Madura, Indonesia - Dua buah video memaparkan seorang lelaki pertengahan umur dibakar hidup-hidup viral di media sosial sejak semalam.

Menurut Ani Sumiati, wanita yang memuat naik video tersebut ke media sosial berkata, kejadian menyayat hati itu berlaku di daerah Pamekasan, di sini.

"Pencuri dibakar hidup-hidup di Pamekasan. Ya Allah, ampunilah dosa bapak ini. Kepada ahli keluarga yang ingin mengetahui lebih anjut mengenai kejadian boleh menghubungi balai polis di Pemakasan," tulisnya.

Dalam salah satu video tersebut, mangsa yang telah diikat kedua-kedua belah tangan sedang menggelupur dan menjerit kesakitan kerana dibakar sambil disaksikan oleh penduduk kampung.

Manakala dalam satu lagi video, mangsa kelihatan berlumuran darah dipercayai telah dibelasah sebelum dibakar.

Tiada maklumat penuh mengenai kejadian tersebut, tetapi menurut netizen, ia bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di daerah Pamekasan.



No comments