Tak Percaya Cinta Pandang Pertama, Tapi Bila Bertemu Raf Hati Saya Berdebar - Mawar Rashid

Pelakon Mawar Rashid berkongsi cerita mengenai detik pertemuan pertama bersama tunangnya, Raf Yaakob.

Menurut Mawar, 22, dia tidak pernah dengan istilah cinta pandang pertama namun lain pula jadinya apabila dia diperkenalkan dengan Raf oleh aktres Emma Maembong.

“Saya bertemu Raf disebuah restoran dan pada waktu itu saya turut ditemani oleh Emma dan rakan yang lain.

“Ketika itu, Emma menyuarakan hasrat untuk menemukan kami kerana Raf sudah dianggap seperti abang angkat olehnya.

“Secara jujur, saya tidak pernah percaya dengan istilah jatuh cinta pada pandangan pertama namun, hakikatnya saya salah.

“Kali pertama bertemu Raf, dia berjaya menambat hati saya sehingga jadi berdebar tidak seperti kebiasaan.

“Saya dapat merasakan aura unik dalam diri Raf. Mungkin ini disebabkan cara pembawaan dirinya yang agak berbeza berbanding orang lain," katanya.



Bercerita mengenai tunangnya, Mawar memberitahu Raf merupakan seorang lelaki yang penyayang, bertanggungjawab, sopan tutur kata dan boleh membimbingnya di dunia dan akhirat.

“Saya berasa kagum dengan pengetahuan agama Raf apatah lagi selepas melihat dia dan abangnya, (Fazley) membaca talkin berdua ketika arwah bapa mereka meninggal dunia," ujarnya.

No comments