Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, Satu Keluarga Tinggal Dalam Kereta

Dek kerana kesempitan hidup, apa sahaja sanggup dilakukan demi meneruskan kehidupan. Di saat kita mampu berehat di rumah setelah penat seharian bekerja, keluarga ini pula hanya tinggal di dalam kereta setelah di halau dari rumah sewa.

Perkongsian wanita ini menerusi akaun Facebook miliknya mengundang rasa simpati netizen.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nak share cerita hari ni..pegi beraya kt area Kempas, Johor. Anak pulak badan suam-suam..so, singgah la di Petronas Kempas.

Parking tepi surau, solat maghrib skali.. tak lama ada sebuah kereta parking sebelah kereta kami. Ada sorang pemuda dengan anaknya dalam 3 orang.. bermain-bermain sambil keluar masuk kereta.. sorang tu berlenggeng dengan pampers je.



Saya pulak berulang alik lalu depan kereta tu sebab basahkan tuala untuk jelum badan anak yang demam (paip air berdekatan dengan kereta pemuda tu)..kejap-kejap pemuda tu melayan anak-anak dia..lepas tu berkejar pulak buat susu anak..

Ada lebih kurang dalam setengah jam saya perhati gelagat family ni..tengok anak-anl dia kecik lagi...seronok bermain--main. saya pun panggil la sorang daripada mereka. Saya hulur 3 keping sampul duit..

"Nah..amik ni duit raya.bahagi2 tau"

budak tu pun jawab, " terima kasih mak cik"..

saya pun beredar ke kereta...

Tiba-tiba tak lama rasa dicuit dari belakang...rupanye ketiga-tiga anak-anak itu beratur hulur tangan kat saya..

"selamat hari raya makcik"..kata mereka..

Allah..sweetnye budak2 ni...

Pemuda tu pun melambai dari dalam kereta sambil tersenyum..

"Terima kasih puan" katanya..

Tak lama..saya pun pergi semula ke paip air..sambil-sambil tu saya saja-saja amik peluang berbual dengan pemuda tu...

Saya tanya.. "dari mana??" dari Johor katanya..

"Nak kemana??" tanya saya lagi

Dia seakan-akan blurr nk jawab, dia sambung lagi..

"Sebenarnya puan, saya tinggal dalam kereta"..

Sekarang turn saya pulak blurr... Saya pun sambung borak dengan dia...menurut cerita, dia dihalau dari rumah sejak hari raya ke 4.. lepas daripada tu dia sekeluarga tinggalah dalam kereta...katanya dia keje tukang kebun kat T*.. isterinya keje kt C**, siang dia keje isteri jaga anak..malam pulak, isteri kerja dia amik turn jaga anak..

Nak cari rumah sewa, tak mampu.. maklumlah..JB rumah sewa mahal-mahal.. nak tunggu gaji pun lambat lagi, jadi terpaksa la tinggal dalam kereta..

"Anak 3 org je ke??," Saya tanya.

"Eh..ada 4 puan... "sambil dia tunjuk sorang lagi tgh tido kat kerusi sebelah...

Allah...lena dia tido sambil peluk bear yg lusuh..baru umur setahun....

"Anak yg sulung umur 5 tahun.." katanya lagi.

Sebak rasa hati tengok muka anak-anak dia.. Saya pun ambil nombor fon dia..saya cakap, saya akan cuba panjang-panjangkan kalau ada sesiapa yang boleh bagi bantuan....



Sebelum beredar pergi, sempat minta suami topup lagi sikit duit kat diorang..mana tau nak beli makan n susu anak kan

Haihh..masa nk pergi tu rase sebak sangat..di saat kita berhari raya bergembira dgn makanan sedap2, baju lawa2..gelak ketawa..ada lagi insan yg sedang berjuang untuk hidup dan membesarkan anak2..

Sesungguhnya hidup di bandaraya ni bukan mudah..semuanya mahal..usah ditanya kenapa dia dihalau dari rumah..mungkin ada silap di mana2..tapi yang lebih penting sebuah keluarga yang tertekan dan anak2 kecil yang memerlukan tempat untuk berteduh.. semoga Allah memberi rezeki dan kemudahan kepada anda sekeluarga..

Kepada mana-mana pihak yg ingin membantu boleh pm sy..sy ada ambil no fon dia.. semoga kita sama2 berkongsi rezeki dgn org yg sama2 memerlukan di hari raya ini...
Terima kasih..

- Gambar ni pun saya ambil senyap-senyap.

Dikhabarkan beberapa sukarelawan dari team We Love Charity JB telah pergi mencari keluarga ini untuk tujuan bantuan, mereka telah berjaya dijejak pada jam 2 pagi tadi.

Maklumat terbaru, lelaki berkenaan adalah seorang pemegang kad OKU, selepas berjumpa, rupanya kesemua anaknya seramai 7 orang di mana yang sulung berumur 10 tahun dan yang bongsu berumur setahun.

No comments