Rating Drama Naik Gara-Gara Kontroversi Terpeluk Dada Nelydia

Pelakon Daler Yusuf, 25, mengganggap penularan video dia tidak sengaja memeluk dada Nelydia Senrose pada Sabtu lalu telah membantu menaikkan rating drama Encik Suami Mat Salleh Celup (ESMSC).

Memetik laporan mStar online, Daler bagaimanapun berkata drama lakonannya sudah menjadi trending sebelum video tersebut menjadi tumpuan di laman sosial.

"Ya, berkemungkinan video tersebut ada membantu juga menaikkan rating drama ESMSC. Tapi sebelum itu lagi, episod kedua pun sudah menjadi trending.

"Cuma, kalau boleh selepas ini saya tidak mahu drama ini rating tinggi sebab kontroversi yang negatif," katanya

Tambah Daler lagi, dia meluahkan rasa syukur lakonannya diterima penonton dan terharu dengan sokongan penonton.

"Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan peminat dan penonton. Biarpun drama ini baru sahaja ditayangkan pada Jumaat lalu, tapi ramai yang tak sabar nak menantikan episod seterusnya," ujar Daler.

Katanya, dia ada menghubungi Nelydia dan memohon maaf kepada pelakon wanita tersebut sejurus video itu tersebar.

"Selepas video itu tersebar, saya terus hubungi Nelydia dan minta maaf padanya. Dia faham dengan situasi yang telah berlaku dan tidak salahkan saya kerana benda itu tidak sengaja," jelasnya.

Daler memulakan kerjaya sebagai model di usia 18 tahun dan mula melangkah ke dunia lakonan pada tahun lalu menerusi drama LipLap Raya di HyppTV.

Aktor ini mempunyai darah kacukan Uzbekistan di sebelah ayah manakalah ibunya berasal dari Kelantan.

Dia mula menjejak kaki di Malaysia pada usia 18 tahun dan ketika itu dia menyambung pelajarannya di Westminster International College, Subang.

No comments