Mustika, Adik Nur Sajat Secantik Kim Kardashian

Umum sudah mengenali siapa Nur Sajat namun tidak ramai yang tahu bahawa figura umum itu mempunyai seorang adik perempuan yang tidak kurang cantiknya.

Mustika yang wajahnya ada mirip Nur Sajat sudah mengumpul lebih 15,000 pengikut di Instagram dan semakin mencuri perhatian netizen.

Siapakah sebenarnya Mustika?

Kami senaraikan 5 perkara menarik tentang Mustika Kamarulzaman, adik pengasas kosmetik terkenal Nur Sajat.

1) Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata

Mustika atau sering disapa Ika sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang jurulatih gimnasium, Muhammad Irfan Steve Abdullah dan sudah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.


2) Cantik macam Kim K

Memiliki rupa paras yang cantik dan sentiasa dipuji oleh kenalan di Instagram dan Twitter. Malah, ada yang memujinya secantik Kim Kardashian dan Irma Hasmie.


3) Minat muzik, ada suara sedap

Tatkala aplikasi Smule sedang popular di laman sosial, Mustika pernah menyanyikan semula beberapa lagu popular termasuk Kejoraku Bersatu sampai ada yang puji suaranya mirip penyanyi Shakira.

Cuba anda dengar sendiri...

A post shared by MUSTIKA (@must1ka) on


4) Pernah panggil Sajat 'abang'

Mustika pernah mengemaskini status Instagramnya ketika Sajat ditimpa kemalangan beberapa tahun lalu dengan menggelarkannya 'abang'.


Malah, Mustika pernah muncul dalam sebuah temubual rancangan televisyen tujuh tahun lalu, Halalkah Aku?



Mustika dan Sajat sangat akrab dan sering meluangkan masa bersama-sama. Malah, Mustika tanpa segan silu memuat naik gambarnya bersama Sajat di Instagram.


5) Berlakon drama

Mustika pernah membintangi drama Tundukkan Playboy Itu bersama Alif Satar dan Hafidz Roshdi.


Mana tahu selepas ini akan ada produser yang tertarik untuk menjadikan Mustika heroin drama pula?

No comments