Miyyo Rizone Penipu, Sunting Wajah Guna Camera 360 - Bella Barbie

Baru-baru ini, sebuah portal online telah mendedahkan kisah seorang jejaka bernama Miyyo Rizone yang menghabiskan RM200,000 untuk mengubah wajahnya menyerupai karakter anime Final Fantasy.

Namun, semalam seorang kenalan rapat kepada Miyyo, Bella Barbie menerusi akaun Facebooknya tampil membongkar kisah sebenar Miyyo yang dikatakan telah menipu khalayak.

Jelasnya, Miyyo atau nama sebenarnya Amirul Rizwan telah membuat kenyataan palsu berkenaan nama dan wajah sebenarnya tanpa suntingan.

"Saya ingin membongkarkan kisah benar berkenaan lelaki Melayu berwajah anime sebenarnya tidak wujud.

"Nama sebenarnya ialah Muhammad Syahrizal Ikhwan Musa dan bukannya Amirul Rizwan seperti yang diakui oleh dirinya sendiri melalui temuramah bersama sebuah radio tempatan..

"Seperti yang kita tahu Miyyo enggan ditemuramah secara langsung dari mana-mana media kerana fizikal berperwatakan anime yang sedang viral berlainan dengan fizikalnya yang sebenar.

"Miyyo menggunakan aplikasi Camera 360 dan Beauty Plus untuk menukar muka menyerupai watak anime," tulis gadis itu.



Difahamkan juga Miyyo tidak berhabis RM200,000 untuk membedah wajah sebaliknya berbelanja sekitar RM1,000 untuk melakukan pembedahan di selatan Thailand beberapa kali.

No comments