Lambat Balas Whatsapp, Tunang Digelar Babi

Belum pun punyai ikatan pernikahan, seorang wanita dimaki hamun oleh tunangnya menggunakan perkataan kasar seperti babi, p*k*mak, sundal dan anjing.

Hal itu gara-gara wanita berkenaan tidak membalas teks yang dikirimnya di aplikasi Whatsapp dan mengangkat panggilan telefonnya.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook rasmi Kisah Rumah Tangga dan meminta netizen membantunya menyelesaikan kemelut yang berlaku namun enggan mendedahkan identitinya.

"Salam admin tolong hide info saya, saya mahu bertanyakan pendapat admin dan semua pembaca.

"Tunang saya seorang yang sangat panas baran dan terlalu kuat cemburu, suka memaki hamun saya. Jadi saya fobia nak mengangkat panggilan telefon sedangkan kami duduk berjauhan," tulis pengadu itu.

Screenshot perbualan wanita itu bersama tunangnya mendapat perhatian netizen yang rata-rata berang dengan layanan biadap itu.

Malah, kisah itu dikongsikan lebih 4,000 pengguna media sosial Facebook dan mendapat hampir 10,000 komen.



"Mohon cik fikir panjang sebelum nak teruskan. Ya, manusia boleh berubah sama ada ke arah yang lebih baik atau lebih buruk," nasihat Mohd Firdaus Ismail.

"Ketika bercinta dan bertunanglah waktu paling manis, kalau sekarang sudah begini macam mana kalau sudah tinggal bersama?" tegur Iszzfardaiya Hidayah.

Kata Fizz Fixz pula; "Langkah keselamatan jauhi bakal suami anda. Kelak sesudah berkahwin pasti anda jadi punching bag dia."

No comments