Isteri Alif Satar 'Restu' Suaminya Berlakon Bersama Neelofa

Isteri kepada Alif Satar iaitu Shadila akui gembira apabila mendapat tahu suaminya bakal digandingkan dengan pelakon Neelofa dalam drama bersiri Red Velvet.

Shadila berkata ia suatu pendedahan yang bagus buat Alif untuk menonjol bakatnya dalam bidang lakonan.

"Saya sebenarnya gembira untuk Alif bila dia beritahu akan bergandingan dengan Neelofa, saya percaya ia bakal jadi satu fenomena yang hebat sama seperti Lofatttah sebelum ini.

"Saya tidak ada masalah dengan itu, kerana saya percaya dengan Alif kerana dia bekerja secara proffesional.

"Saya harap dengan gandingan ini, ramai produser buka mata dengan bakat Alif dalam lakonan," katanya kepada Astro Gempak.

Alif dan Neelofa bakal menjalani penggambaran drama bersiri Red Velvet pada penghujung bulan ini.

Apabila ditanya adakah dia bersedia jika timbul gosip tidak enak antara suaminya dengan pelakon wanita tersebut, Shadila akui tidak gusar.

"Gosip itu biasa dalam dunia artis, pada saya saya tidak risau mengenainya kerana saya percaya dengan Alif.

"Sebelum ini pun ketika dia berlakon dalam Dia Semanis Honey, Alif selalu bawa saya berjumpa dengan Siti Nordiana sehinggakan kami jadi kawan rapat.

"Saya tahu Alif kerja dengan ikhlas," katanya lagi.

No comments