Aliff Aziz Bergelar Bapa, Namakan Anak Mohamad Ayden Adrean

Isteri kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, Bella Astillah selamat melahirkan seorang bayi lelaki sebentar tadi.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Aliff menerusi Instagram (IG) beserta foto bersama isteri dan anaknya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Aliff telah memilih nama Mohamad Ayden Adrean untuk anaknya selain menyatakan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana bayi dan isterinya berada dalam keadaan sihat.



Dalam pada itu, Aliff juga turut berkongsi satu lagi foto terbaru yang merakamkan dirinya sedang memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang.



Sementara itu, ruangan komen IG Aliff juga dipenuhi ucapan tahniah daripada para peminat yang mendoakan kesejahteraan Bella.

No comments