Aiman Tino Berhabis RM5,500 Bagi Duit Raya Kepada Peminat

Walaupun umurnya masih muda, penyanyi Aiman Tino, 19, tidak kisah untuk berkongsi rezeki dengan peminat.

Sempena sambutan Syawal tempoh hari, Aiman mengeluarkan RM5,500 untuk dijadikan duit raya kepada peminat dan sanak saudaranya.

"Alhamdulillah, sambutan Syawal kali ini disambut dengan sederhana tetapi meriah. Ini merupakan kali pertama saya meraikan Aidilfitri sebagai seorang penyanyi.

"Tahun ini juga menjadi tahun pertama saya memberi duit raya. Saya membelanjakan wang sebanyak RM5,500 untuk diberi kepada sanak saudara serta pengunjung dan peminat yang datang ke rumah.

"Kebetulan, saya ada mengadakan sambutan rumah terbuka dan menjemput peminat. Seramai 3,000 orang peminat berkunjung ke rumah terbuka saya dan saya juga memberikan memberikan kanak-kanak duit raya.

"Biar pun ada yang mengatakan saya masih muda dan layak mendapat duit raya, tetapi saya tak kisah mengeluarkan sejumlah wang untuk berkongsi rezeki dengan peminat," katanya.

No comments