(7 Gambar) Perut Kanak-Kanak Terburai Terkena Sinki Pecah

Kuala Lumpur - Dua beradik cedera selepas sebuah sinki terjatuh sebelum menimpa mereka yang sedang mandi di Kuarters Desa Setia Wira, Jalan Semarak di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, dua beradik dikenali sebagai Adam, 4, dan Darwisy, 6, yang merupakan anak seorang anggota tentera berpangkat koperal cedera di perut, manakala seorang lagi di paha akibat terkena serpihan sinki yang pecah itu.

Menurut bapa mangsa, Norhazliysham Wahid, 32, dia dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh isterinya melalui panggilan telefon ketika sedang bertugas.

“Saya mendapat panggilan daripada isteri dalam keadaan menangis dan terketar-ketar mengatakan ‘abang, balik cepat tengok anak... perut terburai, darah banyak keluar.’

“Saya kemudian terus bergegas pulang ke rumah dan kedua-dua anak saya telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menaiki ambulans dengan bantuan jiran-jiran,” katanya se­perti dipetik dalam satu catatan di laman Facebook milik adik anggota berkenaan, Ridhwan Wahid.

Norhazliysham memberitahu, anaknya terpaksa dibedah dan kini masih di wad pediatrik untuk pemerhatian.

No comments