7 Anak Perempuan Billionaire Paling Cantik Di Dunia

Baru-baru ni kecoh tentang kisah cinta diantara pewaris Naza, SM Faliq dan Chryseis Tan, anak billionaire Tan Sri Vincent Tan.

Apa yang pasti, tak semua bertuah dilahirkan dalam keluarga kaya raya. Kali ini kami akan senaraikan 7 orang pewaris harta terkaya di dunia yang cantik.

1. VANISHA MITTAL


Vanisha Mittal, menduduki tempat teratas carta dengan aset RM92.5 bilion.

Anak hartawan India, Laksmi Mittal itu, mula diberi perhatian oleh media selepas bapanya memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM177 juta untuk majlis perkahwinannya pada tahun 2004.

Sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat keluli itu, Vanisha, memang berhak menikmati setiap sen yang masuk kantung poketnya tanpa perlu dilabelkan sebagai anak bapa yang cuma tahu menghabiskan wang.

2. MARTA ORTEGA PÉREZ


Tempat kedua, berdasarkan nilai kekayaan bapanya adalah Marta Ortega Pérez, 26. Gadis kelahiran Sepanyol itu bernilai RM92.2 bilion yang diperoleh daripada empayar peruncitan fesyen, Inditex, milik bapanya, Amancio Ortega Gaona.

Malah, rangkaian gedung fesyen terkemuka itu termasuk Zara, Massimo Dutti, Oysho serta Zara Home dengan bilangan pekerja kira-kira 14,000 orang.

3. IVANKA TRUMP


Statusnya sebagai anak hartawan Amerika Syarikat, Donald Trump, saja sudah cukup meletakkannya dalam kelas tersendiri.

Walaupun kekayaan yang bakal diwarisinya cuma RM5.9 bilion dan ketinggalan berbanding Vanisha, Ivanka, 28, namun dia boleh berbangga dengan kejelitaan yang diwarisi daripada ibunya, Ivana. Malah dia lebih dulu mencipta nama sebagai model terkenal sebelum memutuskan untuk meneruskan legasi bapanya.

4. HOLLY BRANSON


Walaupun berada di tangga ke-212 dengan aset bernilai RM11.8 bilion, Holly, 28, pada awalnya tidak berminat mengikut jejak langkah bapanya, Richard Branson, sebaliknya meneruskan pelajaran untuk menjadi doktor. Bagaimanapun, dia kemudian menukar fikiran dan menyertai empayar perniagaan Virgin yang banyak menyumbang kepada duit poketnya.

5. TAMARA ECCLESTONE


Terikat pada kedudukan sama dengan Holly Branson, Tamara Ecclestone, 26, berusaha mengembangkan karier daripada model dan pengacara rancangan televisyen kepada ahli perniagaan yang memasarkan pakaian dalam dan produk rambut wanita.

6. BERNARD ECCLESTONE


Anak hartawan Formula Satu, Bernard Ecclestone, juga tidak ingin dipandang cuma sebagai anak orang kaya sebaliknya mahu lebih serius mengembangkan empayar perniagaan sendiri.

7. CHRYSEIS TAN


Anak Tan Sri Vincent Tan ini juga bukan calang-calang orang. Chryseis merupakan Ketua Pegawai Eksekutif BERJAYA TIMES SQUARE BERHAD. Chryseis Tan mengendalikan banyak usaha keluarganya di luar negara, seperti Four Seasons Hotel di Kyoto. Beliau juga berjaya mengumpul AS $ 1.62 juta untuk pembangunan Goxip applikasi untuk mereka yang serius dengan fesyen.

No comments