(6 Gambar) 'Saya Akui Gambar Seksi Itu Memang Saya' – Balkisyh


Kecoh apabila netizen dikejutkan dengan penyebaran gambar seorang aktres sebuah drama bersiri komedi terkenal di stesen televisyen tempatan, TV3 sehingga mencetuskan tanda tanya.

Bagaimanapun, Mynewshub berjaya menemu bual sendiri tuan empunya gambar itu secara eksklusif, demi untuk mendapatkan pencerahan sebenar berikutan isu tular gambar tersebut.

Ketika dihubungi, Balkisyh Semundur Khan berkata, gambar yang digembar-gemburkan itu bahkan rasanya tidak memberi sebarang kesan pun berikutan tiada siapa yang memadamnya.

Malahan, dia mengakui kalau taip nama aktres popular drama Mak Cun itu sahaja, secara langsung gambar seksi yang keterlaluan itu mesti akan sentiasa keluar menerusi laman Internet.

Dia menyatakan gambar tersebut diambil pada tahun 2002 oleh seorang jurugambar ketika di Singapura dan dipercayai disebarkan secara tidak bertanggungjawab oleh individu tersebut.

“Saya akui itu gambar saya. Tapi saya rasa tak ada effect (kesan) apa-apa. Sebab tak ada orang delete (padam) gambar itu pun daripada Internet. Taip nama saya sentiasa keluar je.

“Gambar tu tahun 2002, saya buat Levis kat Singapore. Lepas tu photographer tu tidak bertanggungjawab dia bawa balik Malaysia dan dia sebarkan gambar tu,” luah Balkisyh.

Tambahnya lagi, gambar seksi tersebut juga pernah menjadi isu suatu masa dahulu dan dia hampir hendak menyaman jurugambar tersebut tetapi gagal.


“Memang saya pernah nak saman photographer tapi dia hilang. Lepas tu dia pula bukan orang individu company.

“Dia macam kerja part time yang buat part time photoshoot kat luar lepas tu dah tak boleh cari dia,” menurut Balkisyh.

Dia turut berkata, pada dasarnya isu gambar tersebut tidak perlu sebenarnya dibangkitkan semula kerana jika diperhatikan pada gambar tersebut, netizen sendiri boleh tahu itu memang gambar lama.

“Kalau tengok pun boleh beza berapa puluh tahun punya gambar. Mungkin orang tengok, orang pun tahu dah sebab tu orang ignore, orang buat tak reti,” ujarnya.

Balkisyh merupakan seorang pelakon tanah air yang tidak asing lagi namanya dalam pentas lakonan. Dia pernah membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20.

Jadi, kepada individu yang tidak bertanggungjawab tersebut, sila hentikanlah penyebaran gambar keterlaluan ini sebab tiada isu pun yang boleh dibangkitkan semula sebenarnya.

Jangan sesuka hati nak tutup periuk nasi seseorang ya!

No comments