Will You Marry Me? - Raf Yaakob Lamar Mawar Rashid

Pelakon Mawar Rashid telah dilamar kekasihnya Raf Yaakob dalam suasana yang romantis.

Menerusi laman Instagram Raf memberitahu, tarikh sebenar lamaran itu adalah pada 7 Jun lalu.

Raf melamar Mawar di rumah yang dibina untuk mereka tinggal bersama selepas mendirikan rumah tangga.

Menerusi foto yang dimuat naik itu menunjukkan Raf sedang melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin dihadapan Mawar yang sedang berdiri.

Lamaran itu cukup manis apabila menyaksikan mereka berdua berada di dalam lingkaran kelopak bunga ros selain menyusun ayat 'Will You Marry Me' menggunakan kelopak bunga tersebut.


Raf bagaimanapun gembira apabila lamarannya itu diterima.

Berikut merupakan kapsyen yang ditulis Raf:

"7/6/2017. 7.07pm. At the house I'm building for us to live in the future. She said...YES
#MawaRaf #Alhamdulillah"


Raf kemudian dihujani ucapan tahniah oleh pengikut IG yang gembira dengan berita tersebut.

No comments