(Video) Seorang Lagi Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia

Seorang lagi pelajar tahfiz yang parah selepas van merempuh rumah di Kampung Telekong, Kuala Krai, hari ini meninggal dunia menjadikan keseluruhan enam mangsa maut.

Ahmad Farhan Zulkifli, 14, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Krai.

Dalam kejadian 9 pagi tadi, lima pelajar Tahfiz Al Hashimi, Kampung Tualang, Kuala Krai meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, van dinaiki 14 pelajar tahfiz dalam perjalanan dari Kuala Krai ke arah Kota Bharu.

Katanya, bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian van berkenaan terbabas dan merempuh sebuah rumah di tepi jalan.

Senarai pelajar yang meninggal dunia:

1. Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18

2. Muhamad Rahman Rozali,17

3. Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16

4. Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, , 14

5. Sarifuddin Muhammad, 14

6. Ahmad Farhan Zulkifli, 14



ARTIKEL BERKAITAN

1. (12 Gambar) Lima Pelajar Tahfiz Maut Van Terbabas Dalam Parit

No comments