(Video) Mangsa Cabul Dedah Cerita Dalam Tandas

Susulan kejadian seorang lelaki yang koma dibelasah sebelum disahkan meninggal dunia kerana didakwa mencabul di Plaza Sentosa, Alor Setar pada Ahad lalu, seorang gadis yang dipercayai mangsa cabul telah tampil menceritakan kejadian yang berlaku terhadap diri dalam tandas tersebut.

Remaja yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi itu berkata, dia ditumbuk di perut sebanyak dua kali dan di muka oleh suspek ketika berada di dalam tandas seorang diri.

Menurutnya, dia berjaya melepaskan diri selepas mengigit tangan suspek dan menjerit meminta tolong daripada orang ramai yang berada di pusat membeli belah tersebut.

Mangsa turut menjelaskan tindakannya menendang suspek kerana terlalu geram dan ia berlaku di luar kawalan.

“Maaf la..tapi saya hampir kena rogol..saya ditumbuk di perut sebanyak 2 kali dan di muka sekali sebab nak defend diri sendiri ..saya terlalu geram..maaf.

“Maaf la kalau terlalu kasar..tapi dah terlalu geram dan marah maruah yang nak dicabul..tau x betapa struggle nya nak lepaskan diri lepas di tumbuk di perut, di tumbuk di muka akibat melawan.. Sesak nafas.. Bukan lupa asal usul ni perempuan. Tapi tak boleh terima dengan apa yang dia dah buat..maaf kalau terlalu kasar di mata awak..tapi saya memang takkan diam kan diri kalau maruah saya nak dicabul.

“Cuma sedih ja baca yang cakap saya ni macam-macam sedangkan tak tau apa yang dah jadi..lepas saya dapat lari keluar tu saya terus jerit mintak tolong sebab dah jerit dari dalam toilet tapi takdak sapa yang dengar..akibat melawan tu la saya kena tumbuk dengan kuat dekat perut 2 kali..rasa macam nak pengsan dah..tapi saya usaha jugak..lepas saya dapat lari keluar terus jerit orang datang tangkap dia.. Dan masa tu saya dah tak mampu nak berdiri dah..saya terduduk.. Ni video lepas orang yang tolong saya bawa dia turun dari tingkat 1. Masa nampak ja muka dia dok depan saya terus rasa sakit tu hilang dan saya tak dapat kawal diri sebab tu terus pi sepak dia.. Ada video yang sebelum tu saya terduduk sebab sakit sangat,” tulisnya.




Jelasnya, selepas kejadian tersebut dia mengalami trauma untuk ke tandas sendirian dan sukar melelapkan mata walaupun berada di dalam rumah sendiri.

No comments