(Video) Bibik Aliff Syukri Ditangkap, Mengaku Pernah Bawa Balik 'Jantan'

Sepanjang minggu ini, kes kecurian melibatkan beberapa orang pembantu rumah Datuk Aliff Syukri begitu hangat diperkatakan di laman sosial susulan siri pendedahan yang dibuat oleh jutawan kosmetik itu.

Insiden bermula selepas Aliff mendedahkan kes kecurian melibatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa mencuri wang tunai dan kain sutera bernilai hingga RM600 yang dibeli untuk isterinya.

Selepas pembongkaran kes tersebut, netizen sekali lagi dikejutkan dengan insiden sama melibatkan pembantu rumah lain, yang didakwa mencuri wang tunai berjumlah RM100,000 dan beberapa barang peribadi lain termasuk telefon bimbit.

Aliff, yang merupakan pengasas produk kesihatan dan kecantikan D’Herbs sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak melaporkan kes kecurian itu kerana ‘termakan pujukan’ pembantu rumahnya.

Namun, sebaliknya keempat-empat orang gaji Aliff yang terlibat dalam kes kecurian itu bertindak melarikan diri.

Susulan itu, Aliff dalam rakaman video yang dimuat naik di laman Facebooknya berkata, beliau nekad mahu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, selain turut menawarkan ganjaran berjumlah RM5,000 kepada mana-mana individu yang berjaya memberi maklumat sehingga tertangkapnya pencuri berkenaan.



Hasil bantuan orang ramai, salah seorang pembantu rumah Aliff yang terlibat dalam kes kecurian itu dikenali sebagai Fitri berjaya ditangkap, pada Selasa.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Youtubenya semalam, suspek wanita itu ditangkap dengan bantuan tiga beradik selepas terserempak dengan suspek yang sedang bekerja di sebuah kedai menjual tudung.



Apa yang lebih mengejutkan, satu demi satu kesalahan yang dilakukan oleh pembantu-pembantu rumah Aliff terbongkar.

Fitri mengakui melakukan kesalahan di rumah majikannya, selain mendakwa bahawa salah seorang pembantu rumah Aliff pernah membawa lelaki dan melakukan hubungan seks di rumah ahli perniagaan tersebut.



Terkejut dengan pengakuan suspek, Aliff dan isterinya, Datin Shahida mendesak kenapa suspek tidak pernah memaklumkan insiden tersebut kepada mereka.

“Aku takut, aku diancam sama dia. Kalau aku bagitahu Datuk dan Datin, dia ugut akan pukul,” dakwa suspek.

Selain itu, suspek mengaku sepanjang ketiadaan Aliff di rumah, mereka langsung tidak melakukan kerja rumah dan hanya menghabiskan masa dengan tidur.

Bahkan, selepas Aliff keluar bekerja, Fitri akan menyamar menjadi pengemis bagi mendapatkan wang.

Difahamkan, suspek diserahkan kepada polis dan baki suspek yang melarikan diri masih belum berjaya ditangkap.

No comments