Tunjuk Butang Baju Melayu RM33,000, Wak Doyok Dilabel Riak & Takbur


Untunglah empunya badan bernama Wak Doyok ini.

Butang baju Melayu saja dah capai berpuluh ribu ringgit, kita ada?

Duit dia, dia nak beli dan pakai apa pun suka hati dia, tetapi tindakannya memuat naik gambar katalog butang baju yang diguna pakainya dan gambar harga butang baju yang sedang dipakainya berharga RM33,000 dikatakan bersifat riak dan takbur.

“Nampak tak? Ini harganya RM33k,” tulisnya dalam laman sosial Twitter.

Bagi gambar katalog yang memaparkan butang baju Melayu pula dia menulis, “Ini harga butang baju Melayu yang aku pakai.”

Kedua-dua gambar itu dipercayai dimuat naik pada 19 Jun lalu di”retweet” hampir 2,000 kali dan di rakam layar di laman sosial yang lain.

Netizen menganggap perbuatan Wak sebagai riak dan takbur malah memesan Wak supaya melebihkan sedekah pada bulan mulia ini.


Pengguna Twiiter menggunakan nama anak pak Syed menulis, “Sorry wak.. Kalau kau tweet nak inform price butang tu nampak riak.. Lain kali price tag jangan buang.. Gantung dekat leher.”

Manakala pengguna Tweet bernama akid menulis, “butang dia kalis dosa ke wak?

Bagaimanapun Wak kelihatan cool dalam mengendalikan serangan netizen dengan berkongsi video mengikat sampin dan sebagainya.

Malah dia juga menyatakan kain sampin, songket tenun Terengganu yang dipakainya juga berharga RM40,000.

No comments