(Video) Teh Bunga 'Lejen' Curi Perhatian Di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman


Meremang bulu roma tengok gerai air Teh Bunga Lejen di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Kedah ini.

Punyalah 'lejen' sampai lebah pun datang kerumun nak rasa.

Menurut seorang pengguna Facebook, abang ini bukan asing bagi penduduk setempat kerana beliau akan berniaga teh bunga setiap kali kedatangan bulan Ramadan.

Dan setiap kali itu juga lebah-lebah ini akan datang mengerumi gerai jualan mereka.

Hebat betul tarikan air teh bunga abang ini kan?

Kepada mereka yang ingin mencuba, anda tidak perlu risau kerana lebah-lebah ini sangat jinak. Korang boleh datang beli teh bunga 'lejen' ini tanpa disengat oleh lebah-lebah tersebut.





No comments