Pembantu Rumah Sajat Lari Dari Rumah

Baru minggu lalu kita digemparkan dengan berita pembantu rumah kepada pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri yang telah melarikan diri setelah mencuri.

Belum selesai lagi masalah pembantu rumah Aliff, sekarang ini timbul pula tentang pembantu rumah pengasas kosmetik terkenal, Nur Sajat yang juga melarikan diri semalam.

Berita ini dikongsikan sendiri oleh Sajat di akaun instagram miliknya dengan memuat naik gambar dua orang pembantu rumahnya itu.

Menurut kapsyen Sajat, mereka ada membawa lari barangan berharga milik Sajat dan itu membuatkan Sajat sedikit terkilan. Katanya lagi dia akan memberikan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap pembantu-pembantunya ini.


Satu lagi perkongsiannya di instagram juga turut dikongsikan cerita tentang perlakuan pembantunya itu di ruangan kapsyen gamar tersebut.

Kata Sajat, dia bukan mahu memburukkan bibiknya itu namun perbuatan yang dilakukan oleh bibiknya itu sangat kejam.


Semoga dengan bantuan orang ramai, pembantu rumah Sajat dapat dijumpai dan diberikan hukuman daripada pihak berkuasa.

No comments