Nahas Hawk108: 'Arwah Sepatutnya Pulang Ke Kampung Sabtu Ini' - Bapa

Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108 di Chukai, Kemaman, Terengganu, hari ini sepatutnya pulang ke kampung di Felda Lui Muda, Jempol Sabtu ini selepas mendapat cuti Aidilfitri.

Bapanya, Zahari Md Din, 65, berkata, dia dimaklumkan Mohd Hasri mendapat cuti selama 10 hari.

Katanya, adik Mohd Hasri, Norhaslinda, 30, sudah merancang menjemputnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabtu ini dan kali terakhir menghubungi ibunya, Hatijah Abd Hamid, 60, seminggu lalu.

“€œArwah adalah anak tunggal lelaki daripada empat beradik. Kali terakhir arwah menghubungi menghubungi ibunya seminggu lalu namun tidak diketahui apa yang mereka bualkan," katanya sambil anak perempuan arwah baru berusia enam bulan," katanya.

Zahari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Lui Muda berkata, dia tidak tahu anaknya berada di Kuantan, Pahang menjalani latihan.

"Saya ingat arwah berada di Labuan kerana setahu saya, dia memang berpangkalan di sana. Sebab itulah bila terdengar berita mengenai pesawat hilang pagi tadi, saya buat tidak tahu.

"Saya ingat bukan anak saya hinggalah menerima panggilan dari menantu kira-kira 1 tengahari tadi memaklumkan Mohd Hasri terkorban dalam nahas itu," katanya ketika dihubungi.

Selain Mohd Hasri, turut terkorban dalam nahas berkenaan ialah Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39. Kedua-duanya ditemui 20 meter antara satu sama lain.

No comments