'Muka Bengis, Kurang Bercakap Tapi Sebenarnya Pakcik Ini...'

Gambar ini adalah gambar Pakcik gerai 'Ayam Ganja' yang laris di Wangsa Maju. Saya dah pergi ke gerainya untuk bulan puasa sudah dekat 5-6 tahun. Kedai sentiasa penuh.

Dia menjual lauk pauk dan yang paling laris adalah ayam goreng 'ganja'. Ayang goreng yang dipenuhi serdak yang dibuat daipada bawang goreng, daun kari dan rempah rahsia.

Muka dia bengis sikit dan kurang bercakap sewaktu menjual. Begitulah rungutan orang ramai.

Itu yang orang lain nampak.

Yang orang tak nampak dia adalah dia mempunyai sakit darah tinggi dan kencing manis.

Isteri saya pernah terjumpa dia di HKL sebelum Ramadan tahun lalu. Dia nampak sakit dan letih. Bila isteri saya menegurnya, dia cakap dia sakit dan doktor kena masukkan tiub ke dalam badannya untuk dialisis. Dia cakap mungkin dia tidak akan bertahan lama.

Tiba Ramadan hari pertama, saya biasa pergi ke gerainya.

TUTUP.

Masuk Ramadan ke-3 barulah kedai dibuka tetapi Pakcik tiada di situ. Yang adalah hanyalah anaknya.

"Dik...mana Pakcik...?" Saya menegur anaknya. Sejak saya mula membeli dari gerai Pakcik tidak ada satu hari pun Pakcik itu tiada di gerainya. Sakit demam pun dia datang.

"Ayah dah meninggal bang..."

Saya terpacak kaku. Saya ucap "Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un" di dalam hati.

"Bila dik...?"

"Hari pertama puasa..ayah pesan..bila dia selamat dikebumi..bukak gerai dan kembali tolong mak.." ujar adik itu perlahan. Matanya masih merah. Jelas dia hendak menangis kembali.

Dia terpaksa bekerja 2 hari selepas mengebumikan ayahnya dan mengambil alih tugasnya.

Jadi itulah sahaja kisah keluarga ini.

Susah senang mereka, siapa yang tahu...?

Ingat tidak salah membeli di gerai-gerai sempena Ramadan.

No comments