Maldives Pula Putus Hubungan Diplomatik Dengan Qatar

Colombo - Maldives hari ini mengikut langkah empat negara teluk, Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

"Maldives membuat keputusan itu sebagai tindakan tegas terhadap negara yang melindungi pengganas dan tindakan melampau," kata pihak berkuasa negara itu dalam satu kenyataan.

Negara Teluk Mesir sudah lama membantah pendirian Qatar yang menyokong kumpulan militan, terutama Ikhwan Muslimin yang dianggap musuh politik paling berbahaya.

Walaupun terkenal sebagai lokasi pelancongan, penduduk Maldives yang majoriti beragama Islam kini bergelut dengan masalah semakin ramai golongan muda negara itu mendaftar menyertai militan untuk berjuang di Asia Barat. - Reuters

No comments