Lelaki Ugut Lepaskan Bayi Dari Tingkat 15 Jika Gagal Dapatkan 1,000 'Likes'

Seorang lelaki sanggup menggantung seorang bayi di tingkap dari tingkat 15 sebuah rumah apartmen supaya dia mendapat 1,000 'likes' di Facebook.

Lelaki warga Algeria itu memuat naik foto dia memegang bayi tersebut di bahagian baju dengan kapsyen '1,000 likes atau saya jatuhkan dia.'

Orang ramai yang melihat posting itu bertindak membuat laporan polis.

Lelaki itu, yang juga saudara kepada bayi terbabit, mengaku tidak bersalah meletakkan nyawa bayi itu dalam bahaya.

Dia juga mendakwa foto itu telah dimanipulasi dan balkoni dalam foto itu sebenarnya mempunyai pagar.

Bapa kepada bayi malang itu meminta mahkamah supaya memaafkan lelaki terbabit dengan mendakwa dia hanya bergurau.

Bagaimanapun, hakim tidak menerima permintaan itu sambil berkata foto itu dengan jelas menunjukkan bayi itu dalam bahaya.

Pihak mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun ke atasnya.

Menurut Al-Arabiya, aktivis Dalila Belkheir menyifatkan lelaki itu sebagai seorang 'pengganas'.

No comments