Heboh Laudya Cinta Bell Bercinta Dengan Engku Emran


Laman sosial dan portal-portal hiburan di Indonesia mulai kecoh untuk mengetahui siapakah Engku Emran selepas dia dikhabarkan menjalinkan cinta dengan aktes negara itu, Laudya Cinta Bella.

Pelakon wanita yang dikenali menerusi filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu mempunyai seramai 16.8 juta pengikut Instagram dan baru-baru ini dikatakan memuat naik foto dan video dengan kapsyen berkaitan lelaki yang digelarnya sebagai E.

Menerusi beberapa video, E yang mungkin dirujuk sebagai Engku Emran dilihat turut berada dalam sebuah majlis yang disertai Laudya di Indonesia.

Laudya, 29, juga rakan baik kepada pelakon Nora Danish dikatakan sering meninggalkan komen dan like pada status Engku Emran.

Status yang dimuat naik Laudya menjadi spekulasi percintaannya dengan Engku Emran.


Bukan sahaja di Instagram aktres berkenaan, malah laman sosial Engku Emran turut menjadi tempat peminat-peminatnya meninggalkan komen dan pertanyaan tentang perkara tersebut.

Antara mesej yang ditinggalkan seperti berikut:

@matana_leviNi ke calon suami @laudyacynthiabella?

@ruin_rinAda yg baru @laudyacynthiabella

@matana_leviJangan mainkan @laudyacynthiabella ya bro

@mami_minulJadii abang @iamkumbre Lagi dekat sama Bella... Astagaaa broken saya!


Bagaimanapun, sehingga kini, kedua-dua mereka masih belum mengesahkan sejauhmanakah hubungan itu dijalinkan.

No comments