'Cantik Pun Tak Guna Kalau Mandul...'

Hati wanita mana yang tidak terguris apabila hal sensitif yang melibatkan zuriat dibuat bahan ejekan dan sindiran. Setiap wanita yang berkahwin semestinya mengharapkan kehadiran cahaya mata untuk melengkapi hidup namun Tuhan adalah sebaik-baik perancang.

Baru-baru ini sebuah portal tempatan telah memuat naik gambar Datuk Siti Nurhaliza dengan kapsyen "Wah cantiknya Siti Nurhaliza bergaya ringkas".

Bagaimanapun, seorang wanita bernama Nor Nor dengan selambanya memuat naik komen biadabnya.

"Cantik pun tak guna kalau mandul"

Semakan di ruang komen post berkenaan telah dipadamkan. Malah akaun Facebook wanita itu juga telah dipadam setelah dikecam hebat oleh netizen.


Bagaimanapun, ada netizen yang sempat merakam gambar kenyataan wanita itu dan kini tersebar meluas di media sosial.

Bagi Qaseh Abu Bakar, komen seperti itu tidak sepatutnya dimuat naik, lebih-lebih lagi dari seorang wanita yang sepatutnya memahami naluri kaumnya sendiri.

"Allahu, rezeki anak itu Allah yang bagi. Tak ada seorang pun wanita yang dah kahwin tak nak anak. Ingatlah wanita-wanita, naluri kita semua berkeinginan anak. Berkeinginan mengandung, melahirkan, menyusukan, membesarkan zuriat sendiri.

"Jangan bangga sampai memperlekehkan wanita yang lambat atau belum ada anak. Kita sesama wanita seharusnya faham naluri seorang perempuan. Bulan baik hari baik, bersihkan hati, ikhlaskan hati," tulisnya di Facebook.

No comments