Sadis! Hairi Amsyar Dihentak Sampai Usus Koyak

Kuala Terengganu - Kematian budak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai didera bapa tirinya pagi semalam berpunca daripada hentakan kuat hingga mengakibatkan usus kecilnya terkoyak.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, berkata hasil bedah siasat oleh pakar dari Kuala Lumpur di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu diterima hari ini mendapati hentakan kuat itu dikesan di bahagian bawah belakang kanak-kanak itu.

"Polis baru memperoleh keputusan bedah siasat kira-kira jam 2 petang tadi dan menurut laporan doktor, terdapat koyakan pada usus kecil yang menyebabkan 'peritonitis' atau keradangan yang berpunca daripada hentakan kuat itu," katanya kepada ketika dihubungi.

Dalam kejadian di FELDA Tenang, Hulu Besut, dekat Jertih, awal pagi semalam, Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman, disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan di Unit Kecemasan Hospital Besut, pada jam 3.30 pagi.

Mangsa juga dikesan mengalami beberapa kesan lebam lama dan baru di bahagian badan.

Bapa tiri mangsa yang berusia 38 tahun mendakwa kanak-kanak itu cedera akibat terjatuh ketika menaiki motosikal bersamanya.

Bagaimanapun pihak Hospital Besut meragui dakwaan lelaki itu dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Jertih pada jam 5.30 pagi semalam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments