(Video) Lagi Kereta Pandu Lawan Arus Dikesan Di Lebuhraya PLUS

Johor Bahru - Lagi kes pemandu lawan arus.

Terbaru, kejadian tersebut didakwa berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kulai, dekat sini menjadi viral dalam laman sosial.

Video berdurasi satu minit 26 saat memaparkan sebuah Perodua Myvi dipandu melawan arus dirakam pengguna lebuh raya berkenaan sebelum dimuat naik dalam laman sosial Facebook dan turut dikongsi di aplikasi WhatsApp.



Bagaimanapun, tarikh sebenar kejadian yang didakwa berlaku kira-kira 8.20 pagi itu masih belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Razak Md. Said berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian.

"Semakan juga dibuat dan mendapati pihak PLUS, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) serta Unit Peronda Lebuh Raya (HMPV) Bukit Aman juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan," katanya.

No comments