Jep Beri 'Hint' Sari Yanti Kini Berhijab Sepenuhnya?

"Alhamdulillah.. Dengan izin & gerakNya.. Semoga terus istiqamah.. Syukur Ya Allah. I love u @sariyanti.

"*Terima kasih kerana memudahkan urusan saya kelak*," demikian luahan Jep Sepahtu yang seperti memberi bayangan bahawa isterinya, Sari Yanti kini sudah mula berhijab sepenuhnya.


Ternyata gambar serta kapsyen yang dikongsikan Jep di laman Instagram miliknya itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang rata-rata memuji tindakan Sari selain mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Sebelum ini, boleh tahan juga wira papan kekunci mencemuh Jep kerana tidak menjaga aurat isterinya.

Bukan itu sahaja, melihat pada Instagram Sari pula, beliau sudah menukar gambar profilenya kepada gambar bertudung.

Kalau betul Sari dah berhijab, tahniah diucapkan dan semoga Allah terus menetapkan hatinya untuk terus berhijab.

Apa pun, semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia. Bak kata Fattah Amin, fikir dan doa yang baik-baik sahaja. Eh.

No comments