Gambar Wanita Seksi 'Bertukar' Jadi Bola Di Arab Saudi

Satu iklan dari sebuah laman web jual beli di Arab Saudi mempromosikan kolam mandi kanak-kanak menarik perhatian netizen apabila laman itu menukar gambar wanita seksi menjadi sebiji bola belon.

Gambar iklan yang dimuat naik oleh syarikat Saudi, Saco itu menjadi bualan netizen apabila seorang pengguna Twitter berjaya mengesan gambar asal yang telah ditapis itu.

Gambar yang ditapis menunjukkan seorang lelaki 'berbaju' hitam bersama tiga orang anak-anaknya disamping sebiji bola belon. Namun, gambar asal menunjukkan belon itu sebenarnya seorang wanita.

Disamping itu, gambar yang ditapis turut mengkaburkan muka individu di dalamnya.





Netizen dari Barat menyifatkan tindakan tersebut sebagai mengarut dan melucukan namun Saudi memang terkenal menapis gambar seksi atau gambar-gambar wanita dari paparan untuk umum.

No comments