(5 Gambar) Keith Foo Akhirnya Dedah Wajah Anak Buat Kali Pertama

Pelakon Keith Foo akhirnya mendedahkan wajah anak kesayangannya, Sklyar buat pertama kali.

Foto bayi tersebut dikongsi sendiri oleh Keith dan isterinya menerusi akaun Instagram (IG) mereka semalam.

Dengan hanya menggunakan kapsyen #SkylarRaymondFoo #myaddiction #mydaughter #powerless #loverespectunity, foto tersebut jelas menunjukkan wajah Skylar lebih menyerupai ibunya berbanding aktor berkenaan.

Malah pengikut IG juga turut menyatakan perkara yang sama dan rata-ratanya memuji kecomelan anak perempuan mereka.

Antara komen yang diterima ialah:

@etysicca: Baby Skylar macam ikut muka mummy dia @kimchiraymond je. Hehe by the way she's soo cute!!

@qaseh_syamimie: Kenapa comel sangat awak ni baby Skylar. So so so cute sangat.

@ay_zeck: Cantik, hidungnya terletak.

Dalam pada itu, sama seperti selebriti lain, pasangan ini juga memilih untuk membuka satu akaun IG buat Skylar.

Setakat ini IG @skylarraymondfoo baru saja mempunyai enam foto dengan hampir 3,000 pengikut.



A post shared by Keith Foo (@keithfoo) on


No comments