'Cukul 1,000 RT, Aku Dedah Satu-Satu Nama Suspek Yang Bunuh Zulfarhan'

Kes Zulfarhan, penuntut UPNM yang didera oleh rakan-rakannya sampai mati telah mendapat liputan yang luas dari media tempatan. Walaupun sudah tiga berlalu, isu tersebut masih jadi bualan orang ramai. Pihak polis juga telah menahan 36 suspek untuk siasatan lanjut.

Tapi ada pula seorang gadis ni ingin mendedahkan nama-nama suspek tersebut di Twitter. Tapi dengan satu syarat, post Twitter yang dimuat naik itu harus mendapat 1,000 perkongsian dan baru lah dia akan dedahkan siapa dalang di sebalik kes dera tersebut. Sampai macam tu eh? Hmm..


Lepas dah dapat lebih daripada 1000 retweet, gadis tersebut tidak jadi untuk mendedahkan nama-nama suspek tersebut dengan alasan ramai sangat yang maki dia. Haha! Ni sejenis perangai apa ni? Ni mesti kecewa lepas tweet tu dah dapat lebih daripada 1000 retweet tapi bilangan followers naik sorang dua je kan? Sedih la.

Kami ada juga skodeng Twitter dia, akaun tu baru je dibuat tak sampai dua bulan. Kami syak mungkin itu akaun palsu. Nak tengok apa reaksi netizen? Rata-rata netizen memang mengecam tindakan gadis ni.


Sudah la dik, nak kata geram semua orang pun marah apa yang jadi kat Zulfarhan.. Tapi bagi kami, biar lah pihak berkuasa yang selesaikan masalah ni.

No comments