Baju Raya Nora Danish Jadi Troll, Disamakan Dengan Alas Meja!

Pelakon Nora Danish disakat netizen apabila baju raya dipakainya dikatakan gabungan 'night gown' dan alas meja.

Nora dan suaminya Nedim, serta anak, Rayqal, menggayakan baju berona putih sedondon pada pagi raya yang lalu.

Namun ia mendapat perhatian netizen sehingga tular satu foto kolaj yang menunjukkan kononnya baju tersebut adalah gabungan 'night gown' dan alas meja.


Menerusi komen yang ditinggalkan, mereka menjadikan baju tersebut sebagai bahan gurauan sehingga ada yang mengatakan ia dibuat dengan alas meja gara-gara baju ditempah tidak sempat disiapkan.

Tidak kurang juga yang mengecam busana disarung Nora kerana menganggap ia terlalu seksi digayakan kerana kain yang dipakainya jarang dan menampakkan bentuk kaki dari lutut hingga ke buku lali.

No comments