Anak Syamsul Yusof Kena Demam Campak, Pengikut IG Bagi Petua

Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana memberitahu anak lelakinya, Syaikhul Islam yang kini berusia dua bulan disahkan terkena demam campak.

Perkara itu disahkan oleh Sarah selepas anaknya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Kata Sarah, dia berharap anak kesayangannya cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

“@syaikhulislam2017 secara rasminya dan berusia dua bulan hari ini. Kesian baby kena demam campak tapi mama tahu awak kuat dan sangat istimewa kan sayang?

“Walaupun terkena deman campak tapi selera awak tetap ada, tidur pun nyenyak. Mungkin itulah rahmat bulan Ramadhan ini. Insha Allah semuanya okay. #doccakaptakbolehminumairkelapa#inshallahsembuh,” tulisnya menerusi entri terbaru di Instagram (IG)nya semalam.

Sementara itu, menerusi ruangan komen foto tersebut, pengikut IGnya mula memberikan beberapa petua untuk menghilangkan demam campak.

Antara petua yang diberikan adalah dengan cara memandikan bayi itu dengan air daun semambu atau pun air kelapa.

@insta_babysue: Bagi mandi daun semambu ramas dalam air mandi baby biar kering dibadan sekejap. Ibu boleh minum air kelapa supply untuk baby sebab menyusu badan. Tapi tengok jugak ibu boleh tahan tak minum air kelapa. @puterisarahliyana

@iwane_furusawa: Mandikan dengan air kelapa. Jangan bagi minum.

@hanitaabdulrani: Kesiannya baby tu @puterisarahliyana. Mandikan dengan air daun semambu.

@minah_meenachi2109: Bagi baby mandi dengan air kelapa. Demam campak lekas sembuh. @puterisarahliyana

No comments