Anak Baru 10 Bulan, Yana Samsudin Teringin Hamil Lagi

Pelakon Yana Samsudin mengakui keinginannya untuk menimang cahaya mata kedua membuak-buak walaupun putera sulungnya baru berusia 10 bulan.

Bagaimanapun niat tersebut terpaksa dilupakan kerana doktor menasihatinya untuk tidak hamil dalam masa terdekat.

Yana berkata, doktor menasihatkannya supaya hamil semula selepas anak sulungnya, Aisy Mateen berusia dua tahun.

"Meskipun anak saya baru berusia 10 bulan, tapi keinginan untuk menimang cahaya mata kedua itu membuak-buak.

"Tapi baru-baru ini ketika berjumpa dengan doktor, dia menasihatkan saya supaya seelok-eloknya hamil selepas anak saya berusia dua tahun kerana saya melahirkan anak pertama secara pembedahan.

"Lagipun, Mateen masih menyusu badan sepenuhnya dan kelihatan seperti sukar untuk putuskannya jika saya hamil dalam masa terdekat nanti.

"Jadi saya fikir lebih baik beri masa untuk Mateen dahulu sebelum lahirkan anak kedua nanti," katanya.

Yana memberitahu dia lebih suka membesarkan anak-anak kecil serentak.

"Saya kalau boleh mahu membesarkan anak-anak serentak, maksudnya biar mereka kecil sama-sama dan besar sama-sama.

"Saya rasa lebih mudah dan seronok begitu," katanya lagi.

No comments