(6 Gambar & Video) Myvi 'Melekat' Di Jambatan Dalam Kemalangan Di Melaka

Melaka - Sebuah kereta jenis Myvi berwarna kuning mengalami kerosakan teruk selepas terbabas lalu merempuh penghadang di Jambatan Bukit Lintang, di sini.

Menurut beberapa laporan awal, empat mangsa dilaporkan mengalami kederaan parah akibat tersepit di dalam kereta tersebut.

Satu video yang dimuat naik oleh laman Facebook Info Kemalangan & Bencana pula memaparkan pasukan bomba sedang menjalankan operasi menyelamat mangsa kemalangan.



Mangsa dikatakan telah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Setakat ini masih belum ada laporan rasmi berhubung kejadian.

No comments