(4 Gambar) Pesawat Ringan Terhempas Di Johor Bahru

Sebuah pesawat ringan dinaiki seorang juruterbang dan dua pelatih merempuh tembok penghadang jalan di jejantas bertingkat dekat Taman Pulai Jaya, Johor Bahru, hari ini, selepas terpaksa melakukan pendaratan cemas.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, semua mangsa yang berusia 20-an hingga 50-an terselamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Khairi Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.29 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, kami mendapati tiga mangsa selamat dan sudah dibawa keluar orang awam.

“Mereka juga tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu itu.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

No comments