(4 Gambar) Inspektor Ditemui Mati Dengan Tembakan Di Kepala

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian dahi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan, pagi tadi.

Harian Metro melaporkan, mangsa yang berusia 29 tahun itu ditemui kira-kira jam 9 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri atas kerusi serta kesan darah di bawah kerusi di pejabatnya oleh anggota polis.


Mangsa yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial sepatutnya menghadiri mesyuarat pada 9 pagi tadi namun tidak munculkan diri.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa bertugas dari 8 malam semalam hingga 8 pagi tadi serta membuat rondaan di sekitar Pasir Puteh.

Menurutnya, rakan mangsa ada mendengar bunyi tembakan antara jam 4 hingga 5 pagi, namun tidak mengesyaki sebarang perkara yang mencurigakan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika ditemui dan dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk bedah siasat,” katanya.


Jelasnya, setakat ini kes membabitkan mangsa yang berasal dari Selangor ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Namun polis masih menjalan siasatan lanjut untuk mengetahui motif kejadian termasuk sama ada mangsa mengalami tekanan atau sebaliknya.

No comments