(12 Gambar) Lima Pelajar Tahfiz Maut Van Terbabas Dalam Parit

Kuala Krai - Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah van membawa 14 orang pelajar tahfiz terbabas sebelum jatuh ke parit di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi itu, seramai lima mangsa tersepit di dalam kenderaan tersebut manakala sembilan lagi penumpang dikeluarkan oleh orang awam.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.45 pagi sebelum dua jentera dengan 12 anggota masing-masing dari balai Kuala Krai dan Machang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian mendapati seramai lima mangsa tersepit di dalam van tersebut manakala sembilan lagi mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

logspot.com/-jsVlfZrfMyY/WTDjTl4W9DI/AAAAAAAAlf0/-1QWTJmSDV0ygjLF1OOo09fz8SH6dwDDgCLcB/s1600/tahfiz6.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;">

No comments