Wanita Sebenarnya Lebih Gatal Berbanding Lelaki


Antara lelaki dan wanita siapa yang lebih gatal? Sudah sedia maklum pasti ramai yang akan menjawab ‘lelaki adalah lebih gatal berbanding wanita. Tidak kira lelaki itu kecil, besar, tua atau muda pasti lelaki juga dikatakan gatal.

Tidak pernah lagi mendengar wanita digelar ‘wanita gatal’. Bagi lelaki memegang status ‘buaya darat’ atau ‘lelaki gatal’ adalah perkara biasa. Tetapi, apabila wanita digelar dengan wanita gatal, mereka menganggap sepeti tidak bermaruah sedangkan realiti mereka memang seperti itu.

Memetik satu sumber, lebih 50% perhubungan bermula daripada wanita yang memberi reaksi positif, meminta untuk didekati dan mengharap ada lanjutan daripada seorang lelaki.

Lelaki turut tidak kurang sama, biasanya lelaki tidak akan menunjukkan rasa minat yang ketara atau nampak terhegeh-hegeh walaupun jatuh hati dan menyukai seseorang wanita itu berbanding pula wanita yang lebih mudah mengukir senyuman apabila hatinya tersentuh.

Hakikatnya, tiada perbezaan ketara dalam soal ‘gatal’ ini. Ya, lelaki miang itu sangat ramai, namun wanita gatal juga tiada kurangnya. Bezanya, lelaki tidak segan silu memperlihatkan sikap miang sedangkan wanita sedaya upaya menyembunyikannya.

Gadis di sekolah menengah adalah golongan paling cepat memberikan reaksi jika diusik lelaki. Cinta monyet zaman persekolahan adalah fasa permulaan. Lebih kronik, ada kalanya antara yang tidak boleh terlepas daripada gelaran sebegitu adalah golongan setiausaha. Stigma yang melekat pada masyarakat kita kerjaya ini acap kali dikaitkan dengan identiti wanita yang gatal.

Andaian ini disebabkan kerjaya setiausaha selalunya memerlukan beberapa kriteria seperti cantik, bergaya dan bijak berkomunikasi terutamanya dengan majikan yang kebanyakannya lelaki yang sudah berkahwin.

Penyelesaiannya? Sukar untuk menyelesaikan masalah ini kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri. Lebih baik jika majikan lelaki dibantu oleh setiausaha lelaki atau wanita yang sudah pun berkahwin dan mempunyai komitmen keluarga.

Justeru, jagalah peribadi dan tingkah laku kerana setiap pergerakan anda diperhatikan. Apa saja dilakukan pastinya menjadi tanggapan dan mudah dinilai. – MissA

No comments