Wanita Bernikah Dengan Stesen Kereta Api

San Diego - Seorang wanita mendakwa berkahwin dengan sebuah stesen kereta api di sini, Stesen Santa Fe, selepas jatuh cinta pada stesen berkenaan sejak kecil lagi.

Pekerja bantuan sukarela Carol Santa Fe, 45, berkata, dia menghabiskan masa 45 minit setiap hari untuk menaiki bas dari rumahnya ke stesen berkenaan membolehkan dia bersama dengan stesen itu yang dinamakannya ‘Daidra.’

Walaupun perkahwinan itu tidak terikat secara undang-undang, Carol berkata, hari perkahwinannya dengan stesen kereta api berkenaan pada 2015 adalah hari paling bahagia dalam hidupnya.

Dia menyambut ulang tahun perkahwinan itu pada Krismas tahun lalu.

Carol mengaku dia antara orang yang tertarik secara seksual kepada benda atau struktur yang tidak bernyawa.

No comments