Wajah Kacak Pengawal Presiden Korea Selatan Curi Tumpuan

Seoul, Korea Selatan - Selepas hanya beberapa hari, Presiden Korea Selatan Moon Jae-in memegang tampuk pemerintahan, pengawal peribadi pemimpin itu pula menjadi tumpuan selepas fotonya mula tular di media sosial.

Choi Youn Jae,35, mula menjadi perhatian selepas seorang pengguna Twitter, Elena Yip memuat naik beberapa foto wajahnya di laman mikro Twitter pada 12 Mei lalu.

"Ini adalah pengawal peribadi presiden Korea baharu," tulis Elena.

Tweet berkenaan mendapat lebih 22,000 retweet dan disukai 55,041.

Youn Jae adalah bekas pegawai tentera khas Korea Selatan bagaimanapun telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan.

Ramai percaya, rupa paras adalah sebahagian daripada pelan induk Presiden Moon.

"Netizen berseloroh mencadangkan Presiden Moon Jae-in telah mengupah profesional 'tampan' sebagai salah satu tarikan kepada orang ramai dalam pentadbiran baharu," tulis wartawan Eon Da-Sol dalam satu artikel untuk Korea Times.

No comments