(Video) Raja Salman Suruh Trump Minum Guna Tangan Kanan Viral

Satu video yang merakamkan detik Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menyuruh Donald Trump meminum air menggunakan tangan kanan menjadi viral.

Video berdurasi 56 saat itu memaparkan Presiden Amerika Syarikat dilihat cepat-cepat menukar tangannya dari kiri ke kanan tanpa menanyakan signifikasi berbuat sedemikian.

"Selalu gunakan tangan kanan." bunyi satu suara di dalam video tersebut.

Perbuatan yang sama dituruti oleh isteri Trump, Ivanka.

Ramai dalam kalangan netizen membuat perbandingan perbuatan itu dengan bekas presiden AS, Baracak Obama, jika berhadapan situasi yang sama.

Ada yang berkata, sekiranya Obama berada di tempat Trump, dia akan tersenyum dan bertanya sebab dia perlu melakukan perkara terbabit.

Tonton video itu di bawah:

No comments