(Video) Letupan Gegarkan Jakarta Timur, Mayat Bergelimpangan

Jakarta - Dua letupan menggegarkan terminal bas di Kampung Melayu, di Jakarta Timur dan menurut polis, dua terbunuh, termasuk penyerang dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi.

Radio Elshinta melaporkan, menurut saksi, seorang anggota polis cedera dalam letupan kira-kira 9 malam itu.

Difahamkan dua letupan itu berlaku selang antara lima hingga 10 minit dekat terminal bas dan kawasan meletak motosikal.



AFP melaporkan Ketua Polis Jakarta Timur, Andry Wibowo, berkata ada tiga mangsa akibat letupan itu namun tidak menyatakan sama ada cedera atau terbunuh.

“Berdasarkan kerosakan, letupan itu agak kuat,” katanya.

Detik.com melaporkan selain dua yang terbunuh, lima lagi cedera dalam kejadian itu.

No comments