(Video) Lelaki Sado Kantoi Curi Produk Kesihatan

Petaling Jaya - Gelagat seorang lelaki mencuri barang di sebuah kedai dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan tersebar di media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku di kedai Muscle Mania Club di Damansara, suspek yang bertubuh 'sado' berpura-pura mengemas paper begnya di hadapan kaunter premis tersebut.

Dalam kesempatan itu, suspek mengambil sebotol produk kesihatan yang disusun di rak kaunter tersebut dan segera menyembunyikan barangan itu dalam begnya.



Laman Facebook Muscle Mania Club dalam kenyataan di Facebooknya telah meminta suspek mengembalikan semula barang yang dicuri jika tidak mahu diambil tindakan undang-undang.

"Kepada pencuri, kalau anda sedang membaca post ini, kami beri peluang terakhir. Sila kembalikan barang dan kami akan delete post. Kalau tidak, kami akan buat laporan polis.

"Kami juga menemui Facebook anda. Kalau gagal berbuat demikian, kami akan tag Facebook anda di sini," kata kenyataan itu.

No comments