(Video) Lelaki Rakam 'Wanita' Mengaji Ketika Isteri Dah Balik Kampung

Seorang lelaki sempat merakamkan satu lembaga berupa wanita bertelekung sembahyang sedang mengaji Al-Quran di ruang tamu rumahnya.

Video kejadian tersebut kemudiannya dikongsi oleh adik kepada lelaki berkenaan di akaun Twitter miliknya dua hari lepas.

Menurut Affa, abangnya menghantar video itu selepas Subuh dalam kejadian di rumahnya.



Menjelaskan kejadian apabila ditanya oleh pengguna Twitter lain, Affa berkata ketika kejadian abangnya tinggal bersendirian di rumah kerana isteri dan anaknya pulang ke kampung halaman.


Ketika menjawab pertanyaan-pertanyaan netizen lagi, Affa berkata suara 'wanita' itu yang seakan-akan suara kanak-kanak perempuan, yang langsung tidak dikenali olehnya.


Bagaimanpun, netizen bersangka baik dengan mengatakan 'wanita' itu makhluk Allah yang mahu menumpang untuk mengerjakan solat. Bagaimanapun, ada juga netizen yang naik bulu roma apabila menonton video tersebut,

No comments