(Video) Kanak-Kanak Digantung Terbalik Pada Kipas Kerana Mencuri


Baghdad, Iraq - Hanya kerana mencuri beberapa biji ubi kentang, seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu dihukum dengan digantung secara terbalik pada kipas siling.

Dalam kejadian yang berlaku pada April lalu, mangsa yang yang tinggal bersama bapa saudaranya didakwa mencuri ubi kentang milik rakannya.

Kejadian itu sampai ke pengetahuan bapa saudara mangsa, lalu berang dan mengambil tindakan menghukum mangsa di rumah mereka.



Kaki mangsa diikat dan digantung secara terbalik pada kipas sebelum dipusingkan oleh seorang lagi bapa saudaranya. Ketika berpusing, seorang lagi bapa saudaranya mengambil kesempatan untuk merotan mangsa.

Gagal mengawal kemarahan, lelaki itu terus menggigit belakang badan mangsa beberapa kali sebelum dihentikan oleh adiknya.


Kejadian itu disaksikan oleh seorang lagi lelaki yang duduk di sofa, tanpa cuba menghalang perbuatan dua lelaki dewasa itu.

Lapor Alwatan Voice, kedua-dua bapa saudara mangsa telah ditahan selepas video penderaan itu viral di media sosial.

Suspek akan didakwa di atas pertuduhan mendera kanak-kanak.


Sementara itu, mangsa kini berada di bawah perlindungan jabatan kebajikan.

No comments